Monday, May 30, 2011

Bliss.....

ermmm keinginan nk memiliki badan yg cantik amat2 lah memuncak dalam diri ini..kemain lagi beli bliss bagai dengan harapan nk kurus ...tp ermmmm mcm ke laut je...tp sekarang ni x kisah dah..nk gemok ke kurus ke lantak lah..yang penting hati senang....


itu di ketepikan sekejap... yg paling terkini, aduhaiii...letih n stressnya bekerja... seriusly SJ x tahu lah mcm mana org lain boleh bertahan dengan karenah setiap individu yg bercirikan lain2 budi bicara..maksudnya lain2 fe'el...penat nyaaa..... mcm jenis manusia... nk kata drama telenovela masa belajar dulu sangat meruntun jiwa tp drama swasta kat tempat kerja lagi lah menyakitkan jiwa..boleh hipertensi aku di buatnya...



credit to google
Yeee...mmg mula2 dulu  SJ ada ckp cool n steady bila kerja here..but when i have go through day by by now i feel like crazy... why they are here? working or scandelicious.....oppssss terlepas sudahhh....Come on babe... u'll not go anywhere if u still at the same level of mind. wider the way u r thinking of. how we wanna upgrading the name of Malaysia? what abominable mind!


errmm gitu lah.... saborrrrrr je lah.... be realistik lahhh...ini bukan AKADEMI FANTASIA.... nk berfantasi bagai... huhuhuhuh... mmg pepatah ada cakap yg tua di hormati..yest it is..i respect that quote and always practicing it. BUT....when its come to a professional matter so the older MUST be a professional lah..x kira lah boss u muda atau tua dari u... time kerja kita kerja time berSOSIAL kita bersosial..pendek kata ikut keadaan...ini klu semuanya nk kitaaaa ja yang mengalah ponattt eden.... haduuuuiiihhhh........habis tu mcm mana?? x kan  kalau u buat salah i nk diamkan diri jee? x leh tegur? kang nnt kata x hormat kononnya u lagi lama n tau selok belok...


bukan lah nk bersikap kurang ajar...tp klu betul u dah lame kerje n tau selok belok n then nape x dinaikkan pangkat??? ermmm that is the question i want to ask you....


ermmm itu lah adat lah org bekerje....terus mood nk sambung belajar mebuak2 senahhh.....


byee 
jgn marahh...
mwahhh


p/s: entry kali ni di publish dengan konfidennya org2 tertentu x akan baca sebab mana depa tau SJ ada blog kannnnnn...hehehhhe sorryyyy naik lorrrryyyyyyyyyyyyyyyyyyyy......

Tuesday, May 24, 2011

very typical !!!!

kalau x tau buat cara x tau n tolong lahhhhh plsssss
JANGAN BUAT KEPALA TAU..MEMALUKAN!!!!! MEMPERBODOHKAN DIRI SENDIRI!!!

Monday, May 23, 2011

Nk Mencarut skit today kat sini...


hehehhe mana ada mencarut..x baik hoccay....urmm aku actuallky boring ni... mcm malas nk buat satu habuk apa pon pada hal atas meja bersepah fail2 n dokumen2 yg nk kena semak. tp ada aku kisah????! hehehe gittoohhh.

ermmm aku ni nmpk ja konon sopan berhemah sangat la kan..padahal kadang2 aku suka n teringin nk sepak n sepak (guna kaki) org.. saja suka2 nk lepas geram hahahaha.... x caya? mai sini SJ nk penerajang sekali..wahh gittoh! 

Dulu kemain aku cita2 nk jadi artis. wahh idolaa... nk jadi penyanyi.. mmpo? x mmpooo....huhuhuhuhu xder bakat.... tp azam nk simpan cita2 jadi host tu masih tersemat di qolbu (bak kata kak ogyyyy)

untuk saat ni n detik aku menaip entry ni, tekak aku rasa mcm nk makan pulut durian sangat sangat sangat..mak aku buat pulut deqian sedapp woooo...mai la qumah aku..(mmg x motif hahaha)

Dulu aku suka mandi sungai n pntai.. lani jgn haqap..aku takut sbb bnyk sangat bencana alamm....sat2 sana sat2 sini..aku takuttttt....akut angat angat kennn... kuasa Allah sapa mmpo lawan? 

Dulu aku tgk Tun Mahathir aku kagum gila... aku lihat Nicol David aku bangga, aku tgk Syeikh Muzaffar Syukor (pemes time aku sekolah dulu) turut bangga sikitttt laaa... mula la aku berhangan nk jadi fofular mcm depa ...gila glemer skit aku nii... tp ingat senang nk mncapai kejayaan? semuanya kene usaha..kena mula dengan kegalalan (kesusahan) baru lah kome boleh berjaya..kejayaan manelah dtg bergolek.... 

Dulu masa kecik2 kemain aku asyik tgk power ranger mighty morphine (mcm nama dadah sajork)... minatt..x pernah miss klu setiap sabtu 6.30 ptg x miss lah org kata sampaiaku mmpi jadi power rangers..now nk tgk power rangers pon x dan dah..sbb bz sangat.... 

Dulu zaman kecik2 aku nk apa semua dapat..x da yg x dapat melainkan dapat2 belaka.. la ni nk apa pon baru aku tau betapa susahnya nk dapat sepasang kasut (klu dah bekerja sbb guna gaji sendiri)...dulu kecik mak abah sediakan now dah besar takkan nk harap kat depa lagi kann??

ermmm mcm tu laa..... nk mengeluh pon x guna.. apa yg berlaku adalah pengalaman hidup.. Jujurnya aku takut sangat nk matii... aku takut sangat dengan seksa kubur... sangat sangat sangat takut...... tp mati itu pasti..x seminit lambat n x seminit pon cepat...apa yg boleh buat adalah solat 5 waktu dan beramal tu ja yg aku mmpo... tp aku pon manusia kadang2 lekang dr buat salahh kenn..mntak maaf lah klu buat salah..maaf kan lah diri ku inii....

huhuhuhuh

rindu zaman kanak2.... beswtttttt sangat tmbah2 time raya.... n time mengajiii heavennnn asyik mainnnnnnnn jaaa....


"Dia menurunkan air hujan dari langit, lalu membanjiri tanah-tanah lembah (dengan airnya) menurut kadarnya yang ditetapkan Tuhan untuk faedah makhlukNya, kemudian banjir itu membawa buih yang terapung-apung dan dari benda-benda yang dibakar di dalam api untuk dijadikan barang perhiasan atau perkakas yang diperlukan, juga timbul buih seperti itu. Demikianlah Allah memberi misal perbandingan tentang perkara yang benar dan yang salah. Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan."  Al-Ra'd:17.

maksud ayat : Allah kekalkan benda2 yg bermanfaat kat bumi. kalau tak bermanfaat, akan hilang.
contoh benda bermanfaat ; metal. air (air kan sentiasa ada circle dia. kalau air kering, wap-wap air tersejat jadi hujan)
contoh benda tak bermanfaat ; buih.

hebat tak hebat, Allah buat perbandingan?
*angkat kening.

Saturday, May 21, 2011

1001 isi tersirat...hayatiii....


CERITA PENGEMIS DAN ISTERI CANTIK

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka.

"Tolonglah encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi." Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu.

Dalam hatinya berkata "Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri dan keluargaku." Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isteri yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain.

Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.

Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis itu, si isteri menangkup muka sambil menangis. Si isteri mengadu si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suamiya yang dulu pernah menengking seorang pengemis.

Suami yang baru itu menjawab dengan tenang. "Demi Allah, sebenarnya akulah pengemis yang dihalau dan ditengking dulu!".

Cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita seperti putaran roda dan tidak selalunya diatas. Ada masa ketikanya kita akan turun kebawah dan naik semula atau sebaliknya.



Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : "Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh ribu kejahatan".

Anas b. Malik pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w ada bersabda bermaksud :

"Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dengan kekayaannya, barang siapa yang mempunyai ilmu, maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga, bersedekahlah dengan tenaganya".

***credit to mr google***
Pengajaran dari kisah ini ialah:
1. Jangan lah kita memandang rendah terhadap org lain kelak diri kita juga di cela.
2. Jangan menghina org lain kelak diri akan dihina labih teruk drpd itu..
3. Jangan lupa diri kerana allah murka pada mereka yg ujub (sombong)
4. tangan yg memberi lebih mulia drpd tangan yg meminta.
5. langit x selalunya indah hari x selalu cerah...


Thursday, May 19, 2011

Saya Budak Mengada....

huhuhuhuhu...
saya mmg mengada2...masa x bz dulu kemain menyeru atas nama kebzian..now dah bz mula la nk kene cirit birit la apa laa...tidur x cukup laaa sampai rasa nk 'termuntah' huhuhuhuhuhuh.....
tp betul semakin bz la skrg...sampai diri sendiri x terurus. haishhh teringat mak abah... depa dah baqapa puluh tahun bekerja x mengeluh pon..aku yg baru 2 bulan dan mengeluh bagai..camno? huhuhuh

Wednesday, May 18, 2011

Errmmm Karenah Manusia dan SIkap Mereka?

KISAH LUQMAN AL-HAKIM DENGAN TELATAH MANUSIA
Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki." Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

                        Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu." Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai." Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah s.w.t. sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

                        Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."


Begitu lah ye..mulut manusia mmg x boleh nk tutup..kita buat itu salah ini salah..jadi x guna nk puas kan hati semue org...better jaga hati kita sendiri drpd nk jaga hati org...

byee
jgn marahh..
mwahh

Thursday, May 5, 2011

Mereka Punya Hati...

Kita x pernah berada di tempat mereka..kita x tau apa yg mereka rasakan...
kita??
menghina, berasa jijik kadang2 tu...
sehinggakan x sanggup dan tidak mahu mengadakan sebarang aktiviti kepada mereka hatta makan malam sekali pon walhal kita mampu dan mempunyai kelapangan untuk itu...
Jika di beri idea di tolak mentah2 bersama dengan mereka?
APA KITA INGAT MEREKA MAHU DI CIPTAKAN DAN DIJADIKAN SEBEGITU RUPA?
Tidak!!!.Tidak!!! sama sekali..
NAMUN MEREKA JUGA PUNYA HATI DAN PERASAAN....
Jika mereka kelihatan kurang sempurna dr segi fizikal ..tp kita lagi CACAT berbanding mereka. Fizikal kita mmg indah... cantik dan sempruna...tp hakikatnya JIWA RAGA kita CACAT DAN DI PENUHI HASAD!.
Sayangilah mereka...

Wednesday, May 4, 2011

Panjang pendek Besar kecik ??/!

Assalamulaikum....
semakin hari semakin malas SJ nk menulis dalam blog ni. Serasakan aktiviti harianku adalah sulit dan sukar untuk didedahkan.....*giitttoooohhhhh
hahahah
Nk cari teman yg SJ boleh cakap2 seperti selalu dengan mggunakan bahasa2 yg vouge n vass *currlllaaassss


ermmm
mcm x der motif menulis blog ni...
nk cakap tp takut ada hati yg terlukaa....
KEJAM KAH?
BODOH KAH?


ish ish ishhhh....x tau nk habaq lagu mana...
yeah some people are struggling to get a baby... (for those who already married)
Some people are willing to throw away their baby like rubbish (stupid idiootttt!!!! )


Nk tahu..ada lagi dahsyat daripada tuu....
ermmmmm
sanngup buat anak mcm HAIWANNNN
betulllll x tipuuuuuu.........
tahu lah kayeee...
tp x perlu lah buat anak mcm haiwan..ada ka patut buat satu kandang n letak anak dalam tu then klu anak tu berak atau kencing just sembur je ngn air... eiiii jenis ape ni..... hanjing pon sangjung jilat punggong anak die klu die tahu anak die berak... 


APE???
Malu? Malu sebab ape?? sebab anak kau cacat??? hellooo, buat apa nk malu, menjaga anak yg cacat rezeki lagi melimpah ruah tauu...


… rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”


Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu; kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintahNya, maka sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat.

surah al israa; ayat 25 dan 26...

 

Kerana MALU  sanggup buat anak mcm tu...klu x nk jaga hantar lah kerumah kebajikan, disana ada pihak yg akan dapat menjaga dengan baik... tolonglah kasihankan anak2 yg tidak berdosa... mereka pon x minta dilahirkan cacat begitu....NAMUN MEREKA JUGA PUNYA HATI 


Pesanan ikhlas 
SJ