Saturday, May 5, 2012

Jiwa Memberontak...

Demi menjaga perasaan hati yang sendiri yang terluka. biar pedih, biar sakit tetap disimpan dipendam... berperang dengan perasaan sendiri. adakah ianya berbaloi? tepuk dada tanya selera.. pernahkah kita menghadapi situasi begini ;

1) Penat kita mencuci tandas dek kerana tandas terlalu kotor, membuang air besar bahasa cantiknya, berak bahasa buruknya, dengan membiarkan nyahtinja begitu sahaja dengan serpihan-serpihan yang tidak dicuci, menjijikan bukan? penat kadang-kadang memikirkan hanya kita yang melakukan kerja-kerja pembersihan, tetapi tidak dia/beliau/mereka. bukan tidak ikhlas tapi kadang kala memikirkan ada jugak manusia sebegini rupa.

2) Demi menjaga hati, sang gajah terpaksa mendiamkan diri kerana sang murai semakin hebat menceritakan perihal sang gajah kepada pelanduk-pelanduk yang lain. cerita yang di tokok sehinggalah setebal senaskah novel melayu. memang sang gajah besar fizikalnya, namun lembut hatinya. bukan sang gajah takut untuk bersuara, demi menjaga perhubungan dengan seantero warga rimba lain, sang gajah biarkannya ia berlalu, melihat bersabar menanti sehingga waktunya kerana yakin kejahatan pasti ada pembalasan.

3) Merak tidak pernah lekang daripada memperagakan kecantikan yang dia ada... mendabik dada, sekaan hanya dia sahaja yang paling cantik bagus dan betul dilandasan dunia ini. namun begitu beliau tidak sedar 'kecantikan' 'keanggunan' atau bahasa jahatnya PERASAN  BAGUS itu adalah sesuatu yang menjengkelkan... angin mndabik dengan menyatakan beliau mampu memberikan kesegaran kepada umat manusia... matahari bingkas dengan berkata dia mampu membuatkan manusia sehingga membuka baju, kehebatan demi kehebatan ditonjolkan..sedar atau tidak, apa yang kita ada, tahu dan miliki hanyalah setitis daripada lautan... ;-)