Sunday, July 17, 2011

Saku Penyeluk Masa...

credit yahoo image
setelah dihitung dikira hanya berbekalkan sebulan 6 hari sahaja lagi SJ akan menempuh alam baru dalam Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (kepujian) di Universiti Sains Malaysia (Universiti Apex). gugup, resah dan gelisah serta tertekan mmg ada dalam diri....

Kenapa resah?

resah sbb setelah 'menyoal sisasat' sumber2 yg boleh di percayai akan spekulasi yang berasas, saingan di sini sangatlah tinggi. all students eager to be the best. Jujurnya SJ mengaku yg SJ rase sedikit down sbb SJ x rase  pon SJ bagus seperti mereka yang lain...seperti mana yg SJ cerita masa pergi interview dulu, sangatlah susah... n calon2 yang lain sangat lah bagus dan SJ rasa pengetahuan SJ tentang persekitaran sangatlah lemah. ;-( . 


Kenapa gelisah?
gelisah sbb kenangkan apakah yang bakal SJ hadapi kat sana nanti..ada ka org yg nk berkawan dgn SJ..huhuh...kenapa? sbb SJ terasa sedikit fobia dgn apa yg berlaku dekat SJ sebelum ni, dicaci, di keji dihina dan di malukan...hopefully kat sana semua bersifat neutral n open mind(matang dalam segenap urusan) serta tidak prejudis serta tidak stigma terhadap SJ. ye lah org cakap yg masuk disitu semua di pilih...sebab mase interview dulu ade 3 panel yg uji kita dari aspek kendiri, psikologi, dan iq dan eq, jadi bila telah dipilih bermakna semuanya adalah yg terbaik maka pemikiran konservatif seharusnya tidak wujud..SJ harapkan sangat begitu...


Kenapa Tertekan?
tertekan sebab, ermm mcm mana nk ckp yee...ok mcm ni, skrg baru SJ tau betapa susahnya nk sambung belajar di IPTA nak nak masuk USM. sbb ape SJ ckp mcm tu? sbb ramai jugak sahabat2 serta kawan2 SJ yang apply nk masuk IPTA tetapi rezeki tidak menyebelahi mereka, alhamdulillah buat ketika dan saat ini rezeki memihak kepada SJ, maka tekanan tu sedikit sebnayak memberi impak kepada SJ. ya lah since dah dapat so kenelah buat yg terbaik n buktikan dekat family, tenaga pengajar dan kawan2 bahawasanya tidak sia2lah SJ diserap masuk kedalam IPT tersebut...so xda masa nk main2 atau bersuka ria, mesti kena fokus... 


ok setakat ni lah SJ dapat kongsi sedikit keresahan yg mengisar jiwaku ini...
berharap kepada Allah taala memberikan kekuatan dekat SJ untuk mengarunginya dengan lancar...aminnn