Wednesday, October 31, 2012

serabut

tarik nafasss....hembusss....tarik....hembusss....
Astagfirullah hala'zim... subhanallah maha suci Allah....
ok aku paham, semua org akan ada masalah, termasuk aku... tp aku dapat rasakan yg aku ni jenis x tahan dgn masalah..bukan x tahan..tp akan cepat rase down or serabut.

mcm2 cara aku cuba buat untuk hilangkan rasa serabut dan rase low self esteem ni...call parents depa dah advice...then ok la dalam lima minit then perasaan itu akan kembali.. x tahu nk luahkan dekat sapa. bila bercerita dekat rakan taulan takut pulak menyusahkan mereka atau mereka akan anggap yg perkara yg aku lalui ini remeh sahaja..jadi jln termudah ialah pendamkan sahaja...

Tidak lain tidak bukan pasal kes Tera Rosa lah kereta aku. kalau TR dekat bengkel area Penang aku x kisah sangat... ini dekat Kangar, Perlis...jauh tu.... semalam boleh dikatakan setiap 2 jam sekali aku call kedai tu... tp jawapan yang aku terima masih sama iaitu mereka x buat apa2 lagi... huhuhuhuh bila depa nk mula operasi ni??????? 

Salah aku jugak..mekanik ada ckp Khamis ni 1 Nov boleh siap dah... tp aku mcm was-was kerana esok (1/11/12) aku akan ke Kelantan untuk urusan Research aku mengenai Touriusm (Tourist Gaze) kat sana. then disebabkan was-was aku itu lah aku cakap yg aku akan ambil kereta pada hari Selasa yakni 6/11/12. jadi mungkin disebabkan time frame itu masih jauh maka mekanik2 itu hold dulu TR dan uruskan kereta lain dulu. 

aduh.... risaunyaaaa.... hukhukhuk... bila TR tiada rasa mcm susah sikit... yeaa mmg betul ada bas..tp bas x cover semua tempat. bukanlah nk mengada or what..tp mmg betul..banyak limitasi yang berlaku kalau TR tak ada..huhuhuhuhu. 

walau mcm mana pon, aku akan anggap ini sebagai satu ujian.. sebab aku yakin mesti bersebab dan ada hikmah kenapa Allah bagi aku ujian ini. mesti bersebab... aku tetap pasrah... kepada-Nya aku berserah dan kepada-Nya juga aku memohon pertolongan..amin...