Sunday, March 25, 2012

Pendapat Manusia Berbeza

Salam 1 Malaysia...
Rasanya dah lama SJ x kesini kan.. tidak mengapa..itu tidak menjadi perkara utama..apa yg SJ cuba perkatakan pada malam ini adalah..ternyata manusia mempunyai pandangan yang berbeza-beza..ketara berbeza..kalau semua orang mempunyai pandangan yang sama maka tidak bewarna warni lah dunia fana ini kan. namun begitu kadang kala adakah pandangan kita benar benar intelek? adakah kita perlu memaksa org menerima pndangan kita? susah tentu terpulang kepada individu sama ada mahu menerima atau tidak bukan?


SJ yakin ego atau pandangan dari suatu sudut yang membuat kita menilai sesuatu perkara itu berkualiti atau tidak.
begini..tadi semasa di facebook

Sapa2 yg lps spm.. Ce try apply for asasi upm.. Dlm upu nma dia asasi sains pertanian.. But if u manage to get 4.00 u can apply for medicine kt upm.. Plus upm is awarded autonomy universiti so dia akan utamakan bdk asasi dia untk smbung dgree di upm... Plus UPM been rank number 1unoversity in malaysia now

 ·  ·  · about an hour ago near Kampong Salak Tinggi, Negeri Sembilan


Kelakar bukan..hanya kerana ranking universiti kemudian mebawa kepada isu seperti yang anda baca dalam konversasi seperti diatas...SJ x kata SJ ni bagus sangat..perumpaan yg SJ buat adalah mudah.....
cuba kita lihat buah anggur... buah anggur sedap dimakan.. boleh buat kenyang.. tp kalau buah anggur disalah gunakan, maka akan terhasilah minuman alkohol yang memakbukkan manusia..maksudnya..pada pendapat SJ walaupon kita berada di mana tempat belajar yang berprestij didunia ini persoalaanya adakah kita boleh mengiktiraf bahawa kita berada pada tahap KUALITI? x kisah lah kalau kita belajar di Oxford atau Cambridge yang mempunyai suasana pembelajaran yang kondusif dan sebagainya tapi kalau kita x menghargai/apresasi akan keadaan kondusif itu maka ia tidak membawa apa-apa makna kepada kita. 

Perlukah kita mendabik dada? tidak bukan? tidak kira dimana kita berada janji kita mencari menggali dan apa2 sahaja demi ilmu.. tidak kisah lah suasana pembelajarn teruk atau tidak jnji kita mampu mencapai kejayaan... cubakita bandingkan dan  lihat keadaan dahulu dan skrg kerana sekarang terlalu bnyk kecanggihan dan SUASANA PEMBELAJARAN menjadi mudah bukan? tapi adakah semua pelajar menghargainya? kes plagiat semakin meningkat, itu baru satu ada bnayk lagi perkara-perkara yang harus dilihat..cuba kita lihat  zaman dahulu yang kurang kecanggihan cthnya tiada lagi sistem internet atau apa2 sahaja yang memudah cara diperkenalkan.. tapi ramai sahaja yang berjaya dan berkualiti. adakah dengan menilai sesorang itu belajar ditempat yang hebat menunjukkan sesorng itu akan berjaya? 


cth mudah apakah perbezaan pada pelajar yang mendapat 12A di sekolah kampong dan 12A disekolah bandar? tiada beza bukan? maksudnya apa disini? maksudnya KEADAAN tidak menentukan apa2 tp sebaliknya USAHA diri sendiri yang membawa kepada kesan akhir kelak.





    Ini sekadar pendapat SJ..SJ yakin setiap daripada anda mempunyai pandangan masing-masing.