Saturday, May 21, 2011

1001 isi tersirat...hayatiii....


CERITA PENGEMIS DAN ISTERI CANTIK

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka.

"Tolonglah encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi." Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu.

Dalam hatinya berkata "Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri dan keluargaku." Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isteri yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain.

Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.

Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis itu, si isteri menangkup muka sambil menangis. Si isteri mengadu si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suamiya yang dulu pernah menengking seorang pengemis.

Suami yang baru itu menjawab dengan tenang. "Demi Allah, sebenarnya akulah pengemis yang dihalau dan ditengking dulu!".

Cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita seperti putaran roda dan tidak selalunya diatas. Ada masa ketikanya kita akan turun kebawah dan naik semula atau sebaliknya.



Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : "Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh ribu kejahatan".

Anas b. Malik pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w ada bersabda bermaksud :

"Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dengan kekayaannya, barang siapa yang mempunyai ilmu, maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga, bersedekahlah dengan tenaganya".

***credit to mr google***
Pengajaran dari kisah ini ialah:
1. Jangan lah kita memandang rendah terhadap org lain kelak diri kita juga di cela.
2. Jangan menghina org lain kelak diri akan dihina labih teruk drpd itu..
3. Jangan lupa diri kerana allah murka pada mereka yg ujub (sombong)
4. tangan yg memberi lebih mulia drpd tangan yg meminta.
5. langit x selalunya indah hari x selalu cerah...


Thursday, May 19, 2011

Saya Budak Mengada....

huhuhuhuhu...
saya mmg mengada2...masa x bz dulu kemain menyeru atas nama kebzian..now dah bz mula la nk kene cirit birit la apa laa...tidur x cukup laaa sampai rasa nk 'termuntah' huhuhuhuhuhuh.....
tp betul semakin bz la skrg...sampai diri sendiri x terurus. haishhh teringat mak abah... depa dah baqapa puluh tahun bekerja x mengeluh pon..aku yg baru 2 bulan dan mengeluh bagai..camno? huhuhuh

Wednesday, May 18, 2011

Errmmm Karenah Manusia dan SIkap Mereka?

KISAH LUQMAN AL-HAKIM DENGAN TELATAH MANUSIA
Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki." Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

                        Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu." Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai." Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah s.w.t. sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

                        Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."


Begitu lah ye..mulut manusia mmg x boleh nk tutup..kita buat itu salah ini salah..jadi x guna nk puas kan hati semue org...better jaga hati kita sendiri drpd nk jaga hati org...

byee
jgn marahh..
mwahh

Thursday, May 5, 2011

Mereka Punya Hati...

Kita x pernah berada di tempat mereka..kita x tau apa yg mereka rasakan...
kita??
menghina, berasa jijik kadang2 tu...
sehinggakan x sanggup dan tidak mahu mengadakan sebarang aktiviti kepada mereka hatta makan malam sekali pon walhal kita mampu dan mempunyai kelapangan untuk itu...
Jika di beri idea di tolak mentah2 bersama dengan mereka?
APA KITA INGAT MEREKA MAHU DI CIPTAKAN DAN DIJADIKAN SEBEGITU RUPA?
Tidak!!!.Tidak!!! sama sekali..
NAMUN MEREKA JUGA PUNYA HATI DAN PERASAAN....
Jika mereka kelihatan kurang sempurna dr segi fizikal ..tp kita lagi CACAT berbanding mereka. Fizikal kita mmg indah... cantik dan sempruna...tp hakikatnya JIWA RAGA kita CACAT DAN DI PENUHI HASAD!.
Sayangilah mereka...

Wednesday, May 4, 2011

Panjang pendek Besar kecik ??/!

Assalamulaikum....
semakin hari semakin malas SJ nk menulis dalam blog ni. Serasakan aktiviti harianku adalah sulit dan sukar untuk didedahkan.....*giitttoooohhhhh
hahahah
Nk cari teman yg SJ boleh cakap2 seperti selalu dengan mggunakan bahasa2 yg vouge n vass *currlllaaassss


ermmm
mcm x der motif menulis blog ni...
nk cakap tp takut ada hati yg terlukaa....
KEJAM KAH?
BODOH KAH?


ish ish ishhhh....x tau nk habaq lagu mana...
yeah some people are struggling to get a baby... (for those who already married)
Some people are willing to throw away their baby like rubbish (stupid idiootttt!!!! )


Nk tahu..ada lagi dahsyat daripada tuu....
ermmmmm
sanngup buat anak mcm HAIWANNNN
betulllll x tipuuuuuu.........
tahu lah kayeee...
tp x perlu lah buat anak mcm haiwan..ada ka patut buat satu kandang n letak anak dalam tu then klu anak tu berak atau kencing just sembur je ngn air... eiiii jenis ape ni..... hanjing pon sangjung jilat punggong anak die klu die tahu anak die berak... 


APE???
Malu? Malu sebab ape?? sebab anak kau cacat??? hellooo, buat apa nk malu, menjaga anak yg cacat rezeki lagi melimpah ruah tauu...


… rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”


Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu; kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintahNya, maka sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat.

surah al israa; ayat 25 dan 26...

 

Kerana MALU  sanggup buat anak mcm tu...klu x nk jaga hantar lah kerumah kebajikan, disana ada pihak yg akan dapat menjaga dengan baik... tolonglah kasihankan anak2 yg tidak berdosa... mereka pon x minta dilahirkan cacat begitu....NAMUN MEREKA JUGA PUNYA HATI 


Pesanan ikhlas 
SJ



Thursday, April 7, 2011

Epilog Bulan Madu Dengan Result akhir DIploma

Alhamdulillah kehadrat Rabbul Izzah di atas limpah dan kurnia-Nya dapat SJ menamatkan Diploma Komunikasi Media dengan jayanya. Moga2 Mak n Abah SJ berbangga...amiinnn Ya Rabbal Alaminn...

Setelah menghadapi onak dan ranjau alhamdulillah SJ telah menamatkan pengajian diploma dengan pointer 3.5 keatas.. Alhamdulillah syukur sangat. mmg akan ada suara2 yg ckp 
"alaaa nk poyo jaa"

lalu SJ jawab
"bukan poyoo atau angkuh atau riak atau sewaktu dengannya tetapi berbangga dgn diri sendiri"

lalu ada yang bertanya
"asal?? nk menunujuk?"

SJ jawab
"Bukan nk menunjuk, tp inilah hakikatnya,,susah nk bercerita biaralah ianya menjadi rahsia di hati sbb hati manusia nk kena jaga jugak... dan mcm2 lagi lah..apa2 pon ini lah hasilnya klu berusaha..amiinnnn...."

SJ terngiang kata2 Mak SJ
"Kadang2 kan, Allah tu SJ nk uji hambanya dengan hempedu..mula dia akan bg rasa yg sangat pahit sepahit2nya, sebaB nnt Dia akan hadiahkan MADU dekat kita..Allah tu lah SAHABAT kita sebenarnya..sbb tu klu kita berdoa kita sebut YA ALLAH YA TUHAN KU KASILAH AKU REZEKI DAN PERMUDAH KAN AKU AKAN KEHIDUPAN INII.... kenapa kita sebut AKU? x sebut SAYA? sbb dengan perkataan AKU kita akan dapat merasakan yg kita dekat dengan Allah taala..hanya dia maha untuk di percayai..klu ada rahsia cerita kat dia..jgn cerita kat org, org mulut tempayan. nk mintak apa mintak kat tuhan..bukan mintak kat setannnnnn" mak SJ kata......

byeee 
mwahhhh

Saturday, March 26, 2011

chicken pox

Campak atau chicken pox bukan lah sesuatu yg boleh di buat main. Sakitnya amat perit hingga ke tulang. Bagaikan hendak tercabut nyawa… sangat sakit. Itulah yg berlaku pada SJ.. mndapat chicken pox. Mgkin ini lahn hadiah atau kurniaan dr maha Ilahi kepada SJ sebab dah 2 tahun setengah bertungkus lumus menatmatkan pengajian di peringkat diploma. Jadi bila sakit mcm ni maka dapat lah SJ berehat sepuas2nya… mmg sakit chicken pox tu…tp untuk 2 hari ja sementara nk tggu “kluar semua” bila dah sampai ke kaki dah ok dah…. Alhamdulillah….dah beransur pulih dapat rehat dengan tenang… amin…  disini SJ kasi sedikit gmbar menunjukkan keadaan SJ masa kene chicken pox tu…Jangan ada yg x lalu makan sudah laa….heheheheh
ni baru tangan
dah naik dekat badannnn huhuhuh
after berubat cara kampung dH SURUT PARUT.



Jgn marah..
Byeee
Mwahhh.