Wednesday, May 18, 2011

Errmmm Karenah Manusia dan SIkap Mereka?

KISAH LUQMAN AL-HAKIM DENGAN TELATAH MANUSIA
Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki." Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

                        Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu." Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai." Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah s.w.t. sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

                        Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."


Begitu lah ye..mulut manusia mmg x boleh nk tutup..kita buat itu salah ini salah..jadi x guna nk puas kan hati semue org...better jaga hati kita sendiri drpd nk jaga hati org...

byee
jgn marahh..
mwahh

Thursday, May 5, 2011

Mereka Punya Hati...

Kita x pernah berada di tempat mereka..kita x tau apa yg mereka rasakan...
kita??
menghina, berasa jijik kadang2 tu...
sehinggakan x sanggup dan tidak mahu mengadakan sebarang aktiviti kepada mereka hatta makan malam sekali pon walhal kita mampu dan mempunyai kelapangan untuk itu...
Jika di beri idea di tolak mentah2 bersama dengan mereka?
APA KITA INGAT MEREKA MAHU DI CIPTAKAN DAN DIJADIKAN SEBEGITU RUPA?
Tidak!!!.Tidak!!! sama sekali..
NAMUN MEREKA JUGA PUNYA HATI DAN PERASAAN....
Jika mereka kelihatan kurang sempurna dr segi fizikal ..tp kita lagi CACAT berbanding mereka. Fizikal kita mmg indah... cantik dan sempruna...tp hakikatnya JIWA RAGA kita CACAT DAN DI PENUHI HASAD!.
Sayangilah mereka...

Wednesday, May 4, 2011

Panjang pendek Besar kecik ??/!

Assalamulaikum....
semakin hari semakin malas SJ nk menulis dalam blog ni. Serasakan aktiviti harianku adalah sulit dan sukar untuk didedahkan.....*giitttoooohhhhh
hahahah
Nk cari teman yg SJ boleh cakap2 seperti selalu dengan mggunakan bahasa2 yg vouge n vass *currlllaaassss


ermmm
mcm x der motif menulis blog ni...
nk cakap tp takut ada hati yg terlukaa....
KEJAM KAH?
BODOH KAH?


ish ish ishhhh....x tau nk habaq lagu mana...
yeah some people are struggling to get a baby... (for those who already married)
Some people are willing to throw away their baby like rubbish (stupid idiootttt!!!! )


Nk tahu..ada lagi dahsyat daripada tuu....
ermmmmm
sanngup buat anak mcm HAIWANNNN
betulllll x tipuuuuuu.........
tahu lah kayeee...
tp x perlu lah buat anak mcm haiwan..ada ka patut buat satu kandang n letak anak dalam tu then klu anak tu berak atau kencing just sembur je ngn air... eiiii jenis ape ni..... hanjing pon sangjung jilat punggong anak die klu die tahu anak die berak... 


APE???
Malu? Malu sebab ape?? sebab anak kau cacat??? hellooo, buat apa nk malu, menjaga anak yg cacat rezeki lagi melimpah ruah tauu...


… rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”


Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu; kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintahNya, maka sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat.

surah al israa; ayat 25 dan 26...

 

Kerana MALU  sanggup buat anak mcm tu...klu x nk jaga hantar lah kerumah kebajikan, disana ada pihak yg akan dapat menjaga dengan baik... tolonglah kasihankan anak2 yg tidak berdosa... mereka pon x minta dilahirkan cacat begitu....NAMUN MEREKA JUGA PUNYA HATI 


Pesanan ikhlas 
SJ



Thursday, April 7, 2011

Epilog Bulan Madu Dengan Result akhir DIploma

Alhamdulillah kehadrat Rabbul Izzah di atas limpah dan kurnia-Nya dapat SJ menamatkan Diploma Komunikasi Media dengan jayanya. Moga2 Mak n Abah SJ berbangga...amiinnn Ya Rabbal Alaminn...

Setelah menghadapi onak dan ranjau alhamdulillah SJ telah menamatkan pengajian diploma dengan pointer 3.5 keatas.. Alhamdulillah syukur sangat. mmg akan ada suara2 yg ckp 
"alaaa nk poyo jaa"

lalu SJ jawab
"bukan poyoo atau angkuh atau riak atau sewaktu dengannya tetapi berbangga dgn diri sendiri"

lalu ada yang bertanya
"asal?? nk menunujuk?"

SJ jawab
"Bukan nk menunjuk, tp inilah hakikatnya,,susah nk bercerita biaralah ianya menjadi rahsia di hati sbb hati manusia nk kena jaga jugak... dan mcm2 lagi lah..apa2 pon ini lah hasilnya klu berusaha..amiinnnn...."

SJ terngiang kata2 Mak SJ
"Kadang2 kan, Allah tu SJ nk uji hambanya dengan hempedu..mula dia akan bg rasa yg sangat pahit sepahit2nya, sebaB nnt Dia akan hadiahkan MADU dekat kita..Allah tu lah SAHABAT kita sebenarnya..sbb tu klu kita berdoa kita sebut YA ALLAH YA TUHAN KU KASILAH AKU REZEKI DAN PERMUDAH KAN AKU AKAN KEHIDUPAN INII.... kenapa kita sebut AKU? x sebut SAYA? sbb dengan perkataan AKU kita akan dapat merasakan yg kita dekat dengan Allah taala..hanya dia maha untuk di percayai..klu ada rahsia cerita kat dia..jgn cerita kat org, org mulut tempayan. nk mintak apa mintak kat tuhan..bukan mintak kat setannnnnn" mak SJ kata......

byeee 
mwahhhh

Saturday, March 26, 2011

chicken pox

Campak atau chicken pox bukan lah sesuatu yg boleh di buat main. Sakitnya amat perit hingga ke tulang. Bagaikan hendak tercabut nyawa… sangat sakit. Itulah yg berlaku pada SJ.. mndapat chicken pox. Mgkin ini lahn hadiah atau kurniaan dr maha Ilahi kepada SJ sebab dah 2 tahun setengah bertungkus lumus menatmatkan pengajian di peringkat diploma. Jadi bila sakit mcm ni maka dapat lah SJ berehat sepuas2nya… mmg sakit chicken pox tu…tp untuk 2 hari ja sementara nk tggu “kluar semua” bila dah sampai ke kaki dah ok dah…. Alhamdulillah….dah beransur pulih dapat rehat dengan tenang… amin…  disini SJ kasi sedikit gmbar menunjukkan keadaan SJ masa kene chicken pox tu…Jangan ada yg x lalu makan sudah laa….heheheheh
ni baru tangan
dah naik dekat badannnn huhuhuh
after berubat cara kampung dH SURUT PARUT.



Jgn marah..
Byeee
Mwahhh.

Pawana....





Sekarang barulah SJ nk hapdet pasal kenangan di tempat pengajian… SJ dengan bangganya nk bg tau yg SJ ni adalah hasil Universti Selangor untuk Diploma dalamn pengajian KOMUNIKASI DAN MEDIA DI BAWAH FAKULTI KOMUNIKASI DAN MEDIA.
UNISEL…. Mmg mula2 uni ni bukan uni pilihan..tp itulah x kenal maka x cinta kan… SJ berbangga dengan UNISEL… klu dr segi pengurusan biasalah..mana2 uni akan mengalami masalah itu n ini..itu x dapat di pertikaikan kann..cuba kasi tau skit uni mana x ada masalah pengurusan??? Haaaa tipulah..mesti ada punyaa…
Ok cukup untuk itu..SJ nk cerita pasal kenangan plak… actually belajar di unisel ni best what… fakulti lain x tau lah kan… tp dalam fakulti KOMUNIKASI MEDIA dekannya adalah PROFFESOR DR AZMUDDIN IBRAHIM. Masscom mmg bessssttttt!!!!!!!!..... sangat2 best…dengan lecturer yg sporting habis…antaranya SW……. Super women cekkkkk laaaa atau namanya MDM AZIAN, pastu ada juga MISS ADELEN (now mdm tp SJ saja je gedik2 nk panggil miss kua kua kua) n PN GINA ( now ambil cuti tnpa gaji sbb ikut suami yg sambung pelajran di peringkat PHD dekat Australia)
Haaaa mereka bertiga ni mmg best…best..bestt…. Alhamdulillah SJ di ketyemukan dengan mereka bertiga yg memahami…dan boleh di buat kawan ketika susah dan senang… klu lah ada anugerah lecturer terbaik sepanjang zaman..mereka bertiga layak di calonkan wakil masscom UNISEL.
Selain itu SJ  jugak nk panjatkan syukur dapat kenal dengan sorang CEO ni yang nama dan identity nya kene dirahsiakan atas permintaan…heheheheh kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnn……SJ ada buat part time sebagai guru tusyen ( SJ ada cerita dulu) dan ada buat event management skit2… so CEO nil ah yg banyak kasi tunjuk ajar.. sifatnya penuh keibuann… sangat memahami… tp malangnya nprogram terakhir kami ini  SJ x dapat join sbb kekangan masa dan waktu…huhuhuh sbb pada tarikh tersebut SJ ada urusan lain…huhuhuhu…harap2 nnt dapat ketemu lagi yaaa CEO..kita laksankan program “TAHI TUUU” HAHAHAHAHAHAHAHAHH

K lah  sampai kat sini saja..x nk cerita lebih2..kenangan itu berlalu..yg manis sentiasa di ingatan.. yg pahit di buang jauh…
Byeee….
Jgn marahhhh…
Mwahhhh….

Tuesday, March 8, 2011

exam MOod...

bila exam menjelang tiba..inilah keadaan daku....


haaaa mentelaah notes la apa  lagi.......alhamdulillah carry mark dah dapat... walaupon agak ....tp SJ x leh ;la berasa selesa sbb klu x study x kemana jugakk....

syukur jugak sem ni satu paper ja..so x berat sangat...satu lagi subjek xda paper sbb semua based on research n report... 
besok adalah final exam untuk ethics and law...9/3/2011
SJ harap dapat jawab dengan lancar aminnnn
klu boleh x nak stress2 kan kepala...just study secara enjoy..so otak senang la serap segala ilmu di atas reda-Nya.. aminn

bila exam...semua org idamkan bendani..SJ pon idamkan nyaaa..harap tercapai juaaa..aminnn ya rabbal alaminnn
 tq  cik google for the picture of illustration..

mwahhh 
jgn marah..
byeee
;-)