Tuesday, October 30, 2012

hhmmmhhhhh

dah lama kan SJ x mengjengah dekat sini. bukan lupa tapi masa di isi dengan melakukan aktiviti harian. bukan x ingat..ingat cumanyaa mood menulis lebih terfokus pada yang lain...tak apa..letak di tepi sekejap...
kalau nk bercerita..ermmhh mcm2 cerita yg nk diceritakan... bnyakkk sangat..suka, duka, pereng semua ada...

ok di pendekkan cerita, now SJ dah berada pada tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian), Universiti Sains Malaysia...so Final Year Projek (FYP) datang dengan gembiranya..tp kami sebagai badan pelaksana amatlah gusar..takutt weeyyhhh... SJ dalam kumpulan Sosial Kempen yang mana kami akan buat program yang bertemakan 'How to Educate People about Archaeology in Lenggong Perak". jadi fokus utama kami ialah mengenai TOURISM yang mana kami akan cuba sedaya upaya untuk menarik para pelancong (peringkat domestik dulu) untuk datang ke Lenggong bagi menikmati segala khazanah alam dan khazanah dunia sehingga diiktiraf oleh UNESCO as world heritage. Doakan kejayaan kami.. Group yang lagi satu pulak ialah ADVAWE basically about Marketing Communication. Group ini akan buat mengenai "Rebranding USM" something like that. Kedua0dua grp ni masih lagi melalui fasa 1 yang mana fasa untuk siapkan kertas kerja apa bagai... Jawatan SJ pon x der lah sebesar mana pon hanya sebagai Assistant Treasurer and Manager of Sponsorship..giittooohhhhhhh... jadi kami hanya mengharapkan sokongan daripada kalian semua...

SJ jugak baru jugak habis intersnship dekat Bernama di bahagian Media Relation and Event Management. owwhhhh..sangat seronok di sana..bnyk jugak lah ilmu yg diperolehi kat sana... ermmhh dunia kerja ni lain sangat hoccayy...rasa2 jadi student lagi best kott...hehehehehehe

Bercakap mengenai Raya Haji (Aidiladha) kali ni..huhuhuhuhu best tp sedeh laa...sbb Tera Rosa kekasih SJ sakitt..maka dia skrg ditingalkan dekat bengkel...mcm ni..masa SJ nk p kenduri dekat Kangar Perlis TR masih lagi okay...then masa nk balik tu TR dah ala2 jerk...then naik warning light...nasib baik workshop berdekatan..hantaq la TR ke bengkel..mula2 SJ ingat plug missed..tp rupa2nya Gasket Head yg leaking or pecah..huhuhuh mcm nk jatuh kebumi sbb nk balik mcm manaaaaa from Kangar to Penang... Rasa mcm survivor punya rancangan skit aahhh... harap2 TR akan pulih seperti sediakala.... rindu sangat dah nii... Patah kaki rasaa bila TR x berada di sisi..huhuhuhuhu...

Hujung minggu ni SJ akan ke Kelantan untuk buat Field Work untuk subjek Pelancongan... Grp SJ akan mengkaji pasal makanan as a Tourist Gaze kat Kelantan..ermmmmhh x sabar rasanyaa....

aiiyyyoooooo tik rok tik tok, dah half semester dah..maknanyaa dah nk dekat exam dah niii..aduhhh masih blur2... ada satu lagi research x siap...mamposss akuu.... ;-(

org bz Badan letop solid...SJ pulak semakin bz semakin menggelebeh..tudiaaa..... 
Tembam temban pon comeii whattt.....yg penting konfiden!!!

ketemu lagiii......

Monday, June 18, 2012

Oriented

Rasanya semua orang memiliki perasaan yang sama saat peperiksaan menjelma. Ya! aku pon begitu. resah. gelisah. tak dapat nk dibayangkan dengan kata-kata. kenapa di sini terlalu sukarrrr untuk aku. perit. mungkin pada orang lain biasa. tp pada insan yang tidak begitu bijak atau pelajar sederhana seperti aku ni, perit sangat terasa. Pada hemat aku, disini hanya untuk mereka yang cerdik pandai sahaja... :-( alangkah indah jika aku cerdik seperti mereka. 


aku akan cuba sedaya upaya. supaya gred kumulatif tidak jatuh. alang2 seluk pekasam kan.  


Yuss Zulk aka Slumber Jojie
Indah Kembara
USM Penang.

Saturday, May 5, 2012

Jiwa Memberontak...

Demi menjaga perasaan hati yang sendiri yang terluka. biar pedih, biar sakit tetap disimpan dipendam... berperang dengan perasaan sendiri. adakah ianya berbaloi? tepuk dada tanya selera.. pernahkah kita menghadapi situasi begini ;

1) Penat kita mencuci tandas dek kerana tandas terlalu kotor, membuang air besar bahasa cantiknya, berak bahasa buruknya, dengan membiarkan nyahtinja begitu sahaja dengan serpihan-serpihan yang tidak dicuci, menjijikan bukan? penat kadang-kadang memikirkan hanya kita yang melakukan kerja-kerja pembersihan, tetapi tidak dia/beliau/mereka. bukan tidak ikhlas tapi kadang kala memikirkan ada jugak manusia sebegini rupa.

2) Demi menjaga hati, sang gajah terpaksa mendiamkan diri kerana sang murai semakin hebat menceritakan perihal sang gajah kepada pelanduk-pelanduk yang lain. cerita yang di tokok sehinggalah setebal senaskah novel melayu. memang sang gajah besar fizikalnya, namun lembut hatinya. bukan sang gajah takut untuk bersuara, demi menjaga perhubungan dengan seantero warga rimba lain, sang gajah biarkannya ia berlalu, melihat bersabar menanti sehingga waktunya kerana yakin kejahatan pasti ada pembalasan.

3) Merak tidak pernah lekang daripada memperagakan kecantikan yang dia ada... mendabik dada, sekaan hanya dia sahaja yang paling cantik bagus dan betul dilandasan dunia ini. namun begitu beliau tidak sedar 'kecantikan' 'keanggunan' atau bahasa jahatnya PERASAN  BAGUS itu adalah sesuatu yang menjengkelkan... angin mndabik dengan menyatakan beliau mampu memberikan kesegaran kepada umat manusia... matahari bingkas dengan berkata dia mampu membuatkan manusia sehingga membuka baju, kehebatan demi kehebatan ditonjolkan..sedar atau tidak, apa yang kita ada, tahu dan miliki hanyalah setitis daripada lautan... ;-)

Sunday, April 22, 2012

Faktor usia

##monolog sndirian untuk diri sndiri##barangkali jika usia dah menjengah kearah senja nan kala, maka deru ombak badai yang melanda dalam hati juga turut berubah. sensitif semakin menebal dalam jiwa.. kenapa? persoalaan demi persolaan timbul.dulu masa zaman kecil2, happy ceriya , tawa, ria, semua dalam hati...tapi kini apa lagi yg ada? jika terlalu tawa pasti di depan duka menanti. hatta jika dilontarkan gurauan sudah dianggap kekasaran..aduh.... kenapa ni? saya mahukan diri saya yang dahulu...mungkin faktor2 dalaman kot yang membuatkan diri ini memberontak... adakah sebab aku terlalu TAKBUR  kapda yang maha Esa sehingga kadang2 tiada masa untuk berkongsi bersama? ermmhhhhh takut... resahhh... kematian bila2 masa sahaja... tidak mahu mati dalam kekufuran.. mahukan perlindungan dan hidayah untuk ketenangan jiwa....

Thursday, April 19, 2012

kebetulan je kot

assalamulaikum...
dah lama x menjengah kat sini sbb malas nk menulis lagi kerana kebuntuan idea.
** kate kaaauuuuu...
skrg kat Penang panas sangat.. tak tau lah pasaipa...mungkin sbb Pulau kot..angin dia lain mcm sikit..huhuhu...tp x pa..redah sajork!
srt8 to the point..just nk berkongsi...SJ dapat Internship dekat Bernama bahagian Media Relation dan Event Management.. mcm x percaya pon ada sbb Bernama panggil intern kat situ..apa2 pon redah je..just buat yang terbaik sahaja....

malas nk tulis lagi.. x dak mood..sbb panas...

_bilik indah kembara_usm Penang

Sunday, March 25, 2012

Pendapat Manusia Berbeza

Salam 1 Malaysia...
Rasanya dah lama SJ x kesini kan.. tidak mengapa..itu tidak menjadi perkara utama..apa yg SJ cuba perkatakan pada malam ini adalah..ternyata manusia mempunyai pandangan yang berbeza-beza..ketara berbeza..kalau semua orang mempunyai pandangan yang sama maka tidak bewarna warni lah dunia fana ini kan. namun begitu kadang kala adakah pandangan kita benar benar intelek? adakah kita perlu memaksa org menerima pndangan kita? susah tentu terpulang kepada individu sama ada mahu menerima atau tidak bukan?


SJ yakin ego atau pandangan dari suatu sudut yang membuat kita menilai sesuatu perkara itu berkualiti atau tidak.
begini..tadi semasa di facebook

Sapa2 yg lps spm.. Ce try apply for asasi upm.. Dlm upu nma dia asasi sains pertanian.. But if u manage to get 4.00 u can apply for medicine kt upm.. Plus upm is awarded autonomy universiti so dia akan utamakan bdk asasi dia untk smbung dgree di upm... Plus UPM been rank number 1unoversity in malaysia now

 ·  ·  · about an hour ago near Kampong Salak Tinggi, Negeri Sembilan


Kelakar bukan..hanya kerana ranking universiti kemudian mebawa kepada isu seperti yang anda baca dalam konversasi seperti diatas...SJ x kata SJ ni bagus sangat..perumpaan yg SJ buat adalah mudah.....
cuba kita lihat buah anggur... buah anggur sedap dimakan.. boleh buat kenyang.. tp kalau buah anggur disalah gunakan, maka akan terhasilah minuman alkohol yang memakbukkan manusia..maksudnya..pada pendapat SJ walaupon kita berada di mana tempat belajar yang berprestij didunia ini persoalaanya adakah kita boleh mengiktiraf bahawa kita berada pada tahap KUALITI? x kisah lah kalau kita belajar di Oxford atau Cambridge yang mempunyai suasana pembelajaran yang kondusif dan sebagainya tapi kalau kita x menghargai/apresasi akan keadaan kondusif itu maka ia tidak membawa apa-apa makna kepada kita. 

Perlukah kita mendabik dada? tidak bukan? tidak kira dimana kita berada janji kita mencari menggali dan apa2 sahaja demi ilmu.. tidak kisah lah suasana pembelajarn teruk atau tidak jnji kita mampu mencapai kejayaan... cubakita bandingkan dan  lihat keadaan dahulu dan skrg kerana sekarang terlalu bnyk kecanggihan dan SUASANA PEMBELAJARAN menjadi mudah bukan? tapi adakah semua pelajar menghargainya? kes plagiat semakin meningkat, itu baru satu ada bnayk lagi perkara-perkara yang harus dilihat..cuba kita lihat  zaman dahulu yang kurang kecanggihan cthnya tiada lagi sistem internet atau apa2 sahaja yang memudah cara diperkenalkan.. tapi ramai sahaja yang berjaya dan berkualiti. adakah dengan menilai sesorang itu belajar ditempat yang hebat menunjukkan sesorng itu akan berjaya? 


cth mudah apakah perbezaan pada pelajar yang mendapat 12A di sekolah kampong dan 12A disekolah bandar? tiada beza bukan? maksudnya apa disini? maksudnya KEADAAN tidak menentukan apa2 tp sebaliknya USAHA diri sendiri yang membawa kepada kesan akhir kelak.





    Ini sekadar pendapat SJ..SJ yakin setiap daripada anda mempunyai pandangan masing-masing.


    Tuesday, February 14, 2012

    ALUMNI FT SEM BARU

    Alhamdulillah syukur ke hadrat Rabbul Izzah kerana SJ telah berjaya melalui Sem 1 tahun ke-2 di UNIVERSITI SAINS MALAYSIA...Sekarang SJ akan masuk sem 2..maka akan buka buku baru lembaran baru dan cerita baru serta 'skrip' baruuu......
    Sem ni as usual lah mcm tough ja... tidak terpikul rasanya batin ku ini..huhuhuhu kate kau!


    ini antara sabjuk yg SJ ambil sem ni



    Bil.
    Kod KursusNama Kursus
    Jenis
    Unit
    Hapus
    1.SAW203TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT
    (THEORY OF HUMAN BEHAVIOUR AND SOCIETY )
    M4
    2.YKT212KOMUNIKASI DAN BUDAYA
    (COMMUNICATION AND CULTURE )
    T4
    3.YKT213KOMUNIKASI, KUASA DAN KONFLIK
    (COMMUNICATION, POWER AND CONFLICT )
    T4
    4.YBP224PERHUBUNGAN AWAM
    (PUBLIC RELATIONS )
    T3
    5.YBP226PENULISAN PROMOSI
    (PROMOTIONAL WRITING )
    T3
    6.YKT300LATIHAN AMALI
    (PRACTICAL TRAINING )
    T4
    7.WCC108JAZZ BAND I
    (JAZZ BAND I )
    U2
    8.SHE101HUBUNGAN ETNIK
    (ETHNIC RELATIONS )
    U2




    Kelihatan seakan mudah bukan? tapi hanya bahu yang memikul tau macam mana sukarnya kesukaran yang bakal SJ lalui...


    namun begitu..semua ini terubat sebab SJ dengan rasminya bergelar ALUMNI UNISEL..kerana SJ telah mendapat sijil pengesahan yang SJ ......
    sila klik untuk imej besar






    So SJ dah ada segulung Diploma..skrg nk mengejar segulung Ijazah..semoga segalanya dipermudahkan dan lancar seperti mana Diploma dulu.... 


    mwahhh
    byeee....