Saturday, November 24, 2012

Epilog Hati


Syukur kepada Allah kerana masih lagi memberi aku kesempatan untuk menikmati keindahan dunia walaupon sudah banyak tangan-tangan yang cuba memusnahkannya. Ya Allah…oh mengapa dunia ini begini? Aku Cuma manusia biasa ya Allah… yang ingin inginkan hidup seperti yang lain.. kenapa aku harus begini? Namun tidak pernah aku menyalahkan takdir… aku bersyukur dan aku akan terus berdoa supaya aku mengerti walaupon berselindung. Anak-anak tidak berdosa menjadi mangsa ya Allah.. kasihan..tangisan aku tidak dapat memeberikan apa-apa. Aku x mampu ya Allah. Aku x punyai senjata! NAMUN SENJATA DOA ku kepada mu agar mereka dilindungi.. ;-( 

Itu yg pertama..keduanya… aku mencintainya kerana cara dia. Sungguh berbeza dari yang telah aku jumpa sebelum ini. Sungguh… renungannya sangat berbeza. Terus terasa di hati. Ku cintainya kerana kesungguhannya..bukan kerana kata-kata. Mulut manis sungguh  aku x percaya kerana tiada usaha kelihatan. Tapi mungkin aku tidak mampu memiliki kerana aku rasakan aku tidak layak. Biarlah sekadar bayangan bukan nyata. 

Aku tidak pasti apa yang aku lalui. Sunyi, sepi, kekosangan.. aku tak pasti pada siapa yang aku rindui… yang pastinya aku sangat merindui… aku cuba menggali sedalmnya untuk mencari siapa sebenarnya yang aku rindui. Ya mgkin sedikit geli membca..namun apa perlu aku buat..kalau ada rasa geli membaca ayat-ayat ni sila berhenti..jgn teruskan bag mengelakkan sebarang spekulasi yang tidak berasas. Lelah aku mencari jawapan. Aku mahu terus berlari. Biar mengah supaya aku tidak peduli.

Aku kebimbangan. Sahabatku kini sedang sarat mengandung. Aku juga risau emosinya yang tidak terkawal. Ya Allah lindungilah sahabat aku itu ya Allah. Aku mahu anak dalam kandungannya itu sihat dan mahu melihat ibunya gembira dan ceria. Aku hanya mampu memberi nasihat. Kadang-kadang aku rasakan sekeliling juga cuba untuk memberikan tekanan. Sahabat…. Aku sentiasa akan memberi nasihat yg mana yang termampu. Aku juga terkilan kerana beberapa kekangan yg aku lalui aku x dapat  menunaikan bebrapa perkara..adakah aku sahabat yang baik?!! Dialah sahabat yg sangat memahami aku dan segala rahsia aku ada dalam genggaman dia. Dia sungguh baik. Hey parasit!! Jgn gunakan dia!. Kasihanilah dia!!!! 

Memang pada ketika ini aku sangat emosi. Emosi aku berbolak balik antara sedih dan gembira. Antara suka dan duka. Aku tidak akan menyerah kalah. Aku harus kuat.

1 comment:

  1. rasa rindu tu , Allah yg titipkan . the best way , doa kpd Allah agar sampaikan rindu dekat org yg kita rindu tu . hee . may Allah bless you , abg :D

    ReplyDelete

)